top of page

'Kaji dulu fakta sebelum cuba memburukkan nama PM' - Akmal Nasir



Oleh: Akmal Manaf


Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang cuba merendahkan kredibiliti Perdana Menteri (PM) dalam perbahasan di Parlimen baru baru ini tanpa menyemak jadual PM terlebih dahulu.


Oleh itu, beliau mencabar Ahli Parlimen Marang itu jika ingin membuat sesuatu kenyataan atau tuduhan kepada Anwar, ianya perlu dibuat di luar Parlimen.


''Serangan dia (Hj Hadi) ini, dia nak main isu seolah-olah kita tidak pentingkan soal perjuangan Islam.


''PMX tidak hadir kerana menyambut ketibaan tetamu negara iaitu Presiden Turkmenistan (Serdar Berdimuhamedow).


''Kalau betullah seolah-olah PMX tidak dapat memenuhi untuk mengangkat negara di persada dunia, mengapa Presiden Turkiye datang ke sini nak jumpa PMX?'' soal beliau menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau.


Dalam perbahasan Parlimen sebelum ini, Hj Hadi mendakwa Anwar kononnnya terikat dengan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kerana itu beliau tidak hadir pada sidang kemuncak D8 di Kaherah, Mesir.


Akmal dalam video itu berkata jika ketua negara D8 tidak menghormati Anwar kerana 'terikat' dengan negara Barat mengapa apabila PM pergi ke Mesir, Presiden Abdel Fattah Al-Sisi menyambutnya, juga Presiden Indonesia Prabowo Subianto Djojohadikusumo beberapa kali telah datang ke Malaysia.


Selain itu, PM telah diterima baik dalam kunjungan ke beberapa negara anggota D8 yang lain seperti Bangladesh, Iran, Nigeria, Pakistan.


Akmal menyifatkan, tuduhan memburukkan PM merupakan skrip lapuk yang dikitar semula mahu menimbulkan persepsi seolah-olah Anwar tidak mementingkan perjuangan negara negara muslim.


''Orang macam Hj Hadi ini, pemimpin-pemimpin Pas kalau betul mereka nak menuduh.. kalau berani tuduh di luar (Parlimen).. buktikan,'' cabar Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page