top of page

'Kafir mengkafir dalam negara berbilang kaum tidak boleh diterima'



Politik kafir mengkafir dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia amat tidak boleh diterima dan berbahaya kepada keharmonian masyarakat.


Sehubungan itu, tiga pemimpin DAP dari kalangan Melayu Islam sepakat dalam kenyataan bersama mengecam ucapan seorang individu yang dipercayai pengerusi satu majlis ceramah di Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri kelmarin, menyatakan DAP adalah 'kafir harbi di Malaysia'.


"Kami mengecam sekeras-kerasnya kenyataan ini. DAP adalah sebuah parti politik yang sah dan mempunyai keanggotaan daripada pelbagai kaum. Ini termasuk anggota parti yang beragama Islam.


"Adapun istilah ‘kafir harbi’ merupakan istilah fekah klasik yang muncul dalam konteks zaman wujudnya ancaman perang dan bunuh dari negara orang kafir (darul harb) ke atas negara umat Islam (darul Islam).


"Golongan kafir ini diklasifikasikan sebagai 'kafir harbi' dan halal darahnya untuk diperangi demi mempertahankan kedaulatan diri dan tanah air umat Islam," kata mereka.


Mereka juga kesal kerana ceramah yang turut dihadiri Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman dan Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa sepatutnya lebih sederhana dan bersifat terbuka.


Tegas kenyataan itu, ungkapan kafir harbi merupakan perbuatan takfiri terhadap ahli-ahli DAP yang beragama Islam dan ianya langsung tidak boleh diterima.


"Kami dengan ini menuntut supaya individu dalam rakaman video tersebut meminta maaf terhadap semua ahli DAP yang beragama Islam yang telah dihukum sebagai kafir oleh beliau.


"Pada masa yang sama, kami menuntut supaya kepimpinan Pas dan Perikatan Nasional supaya menyatakan pendirian mereka sama ada bersetuju dengan kenyataan melampau individu tersebut.


"Sekiranya tidak, Pas dan Perikatan Nasional turut digesa untuk mengecam kenyataan tersebut


"Kami juga menggesa supaya pihak Perikatan Nasional berkempen dengan matang dan sejahtera, dan bukannya memainkan politik kebencian seperti ini," kata kenyataan itu.


Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh tiga pimpinan DAP iaitu Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan; Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman dan pemimpin DAP Johor, Sheikh Omar Ali.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page