top of page

KADUN Batu Uban anjur program Karnival Madani Merdeka 2024



Pihak KADUN Batu Uban baru baru ini menganjurkan program Karnival Madani Merdeka 2024 di perkarangan pasar raya Lotus’s bagi penduduk di kawasan tersebut.


Menurut ADUN Batu Uban, A Kumaresan (gambar atas, tengah), program tersebut yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid telah dikunjungi kira kira 500 pengunjung.


"Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Klinik Kesihatan Sg Dua, Combi Timur Laut, KWSP, Perkeso, Pejabat Daerah Timur Laut, Tekun Nasional, SKM, Bank Rakyat, Rapid Penang, MBPP, PDRM dan Biro Bantuan Guaman telah membuka kaunter ‘One Stop Centre’ untuk orang ramai mendapatkan maklumat perkhidmatan yang disediakan.


"Jualan Rahmah Madani dengan kerjasama KPDN juga diadakan. Barangan keperluan asas dijual dengan harga diskaun sehingga 30% .


"Selain itu, sempena dengan Bulan Kemerdekaan pelbagai aktiviti telah diadakan untuk menyemarakkan semangat patriotisme seperti pertandingan kostum kemerdekaan, pertandingan mewarna jalur gemilang, pertandingan permainan tradisional dan edaran bendera," katanya dalam kenyataan.


Agihan Jalur Gemilang kepada pengunjung karnival menyemarakkan semangat merdeka

Dalam pada itu, kata Kumaresan, karnival tersebut juga menyumbang bantuan peralatan persekolahan kepada murid-murid B40 daripada sekolah di Kadun Batu Uban. Bantuan berkenaan, katanya, ditaja oleh Yayasan Bank Rakyat.


Turut hadir dalam karnival tersebut ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pulau Pinang, En Sharizan ; Pn Zatul wakil YAYASAN BANK RAKYAT (YBR), Datuk Parthiban Pengerusi Dewan Perniagaan India Pulau Pinang, Tuan Shafiz Rahim Raja, Ahli Majlis MBPP dan En Mohamad Zaki wakil Lotus’s Sungai Dua.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page