top of page

‘Kadar rizab tenaga negara mencukupi, kerajaan sentiasa pantau’



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan akan sentiasa memantau kadar rizab margin tenaga negara bagi memastikan permintaan bekalan elektrik mencukupi.


Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata ketika ini rizab tenaga negara berada pada paras terkawal.


"Kita masih ada rizab tenaga agak sihat dari segi keseluruhan tenaga bekalan ia berada dalam keadaan terkawal.


"Cuma berkaitan permintaan tinggi tenaga daripada pihak yang mahu membuka premis persendirian, kami berpandangan ia mesti melalui Jawatankuasa Perancangan Pelaksanaan dan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) untuk diteliti," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai kesediaan kerajaan menyediakan bekalan tenaga Johor terutama di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).


Mengulas lanjut Akmal berkata, pihak yang ingin memohon bekalan tenaga tinggi juga perlu menunjukan komitmen bagi memastikan hasrat itu tercapai.


"Sebarang permintaan untuk memperoleh bekalan tenaga perlu dibuat melalui permohonan bersama pihak TNB (Tenaga Nasional Berhad) dan rundingan bagi menunjukkan komitmen mereka supaya beban risiko dapat dikurangkan terutama kepada pengguna," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page