top of page

Kadar kebolehpasaran graduan TVET capai 99 peratus



Kadar kebolehpasaran graduan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) mencapai 99 peratus sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, ia selaras unjuran kementerian untuk membina kepakaran negara dengan kekuatan tenaga kerja sendiri melalui bidang kemahiran


Justeru tambahnya, kolej vokasional tidak boleh ketinggalan dan kursus-kursus relevan di institusi pendidikan itu perlu diperhalusi supaya mengikut kehendak pasaran.


"Inisiatif ini hendaklah dilaksanakan bersama industri kemahiran lain bagi memastikan hasil yang lebih berkesan dan dapat dimanfaatkan khususnya meningkatkan kemahiran anak-anak di kolej vokasional," katanya dipetik.


Terdahulu beliau hadir merasmikan Kolej Vokasional Sandakan 2 di Sandakan pada Sabtu.


Sementara itu menurutnya, kerajaan berhasrat melahirkan tenaga kepakaran, kemahiran dan kepintaran di peringkat domestik atau tempatan dan ia sedang diusahakan antaranya melalui pendidikan kolej vokasional.


Selain itu pihaknya juga akan memperluas program kolej vokasional insani di Sabah bagi menyampaikan mesej kepada ibu bapa untuk memilih TVET agar ia tidak lagi menjadi pilihan kedua.


"Saya berharap kita akan dapat memaksimumkan kemasukan anak-anak Sabah ke kolej vokasional di Sandakan ini," katanya sambil memaklumkan perancangan kerajaan menambah kolej vokasional di negeri itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page