top of page

Kadar fi lesen kereta elektrik 85% lebih murah tahun depan



Kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan bebas emisi (ZEV) atau kenderaan elektrik yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.


Beliau berkata kadar fi tersebut ditetapkan mengikut blok pada julat kuasa motor 100,000 watt dengan jumlah caj minimum bagi blok satu bermula serendah RM20 hingga RM70.


Jelasnya, bagi blok tiga, kadar fi minimum adalah RM305 sehingga maksimum RM575.


"Secara purata kadar fi LKM baharu itu 85% lebih rendah berbanding kadar sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.


Berdasarkan jadual kadar fi LKM ZEV yang dikongsi dalam kenyataan itu, kadar kenaikan fi sebanyak RM10 dikenakan setiap pertambahan 10,000 watt kuasa motor bagi setiap tangga dalam kesemua blok kecuali bermula kuasa motor minimum 210,001 watt ke atas dikenakan kenaikan sebanyak RM20.


"Bagi menggalakkan transisi kepada kenderaan tanpa pelepasan karbon, kadar fi bagi kebanyakan kenderaan ZEV adalah lebih rendah berbanding kadar fi LKM bagi kenderaan internal combustion engine (ICE) dalam lingkungan jenis badan kenderaan yang sama


"Kadar fi LKM baharu yang ditetapkan hanya terpakai kepada ZEV dalam kategori Pure Battery Electric Vehicle (PBEV) dan Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV) sahaja," katanya.


Loke berkata, semua kadar fi bagi kenderaan ZEV akan disemak sekurang-kurangnya setiap lima tahun bagi memastikan keberkesanan dalam mencapai objektif peralihan kepada ZEV serta impak kepada hasil kerajaan.


"Kadar fi akan meningkat selaras dengan kenaikan kuasa motor elektrik. Peningkatan kuasa motor elektrik akan mewakili peningkatan dalam harga belian, saiz, segmen dan berat kenderaan," ujarnya.


Pada Februari 2022, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan tawaran insentif Pengecualian Bayaran Fi LKM sepenuhnya untuk kenderaan EV bermula 1 Jan 2022 hingga 31 Dis 2025.


Susulan itu, pada 30 Mac lepas, Loke dilaporkan berkata kerajaan akan mengumumkan mengenai kadar cukai jalan bagi ZEV dalam masa terdekat dan memberi jaminan jumlah yang perlu dibayar tidak membebankan kerana mahu menggalakkan penggunaan ZEV di Malaysia.

Berkongsi perbandingan kadar fi LKM ZEV sebelum dan selepas pindaan, Loke berkata, bagi kenderaan BYD Dolphin Premium Standard Range yang berkapasiti 130 kilowatt (kW) akan hanya dikenakan fi sebanyak RM120 berbanding fi sedia ada iaitu RM624.


Beliau berkata bagi Tesla Model Y yang berkapasiti 220kW pula ialah RM305 berbanding fi sedia ada iaitu RM2,583.


Kerajaan akan mewartakan kadar fi LKM bagi segmen kenderaan ZEV dalam masa terdekat untuk memudahkan pembeli membuat rujukan.


Menurut Loke, kadar fi baharu itu memberi signal kepada pengeluar kenderaan ZEV untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran kenderaan.


"Tahap penggunapakaian kenderaan elektrik di Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan yang sangat positif pada tahun 2023 susulan dasar kerajaan yang memberi pengecualian pelbagai duti, cukai dan fi yang berkenaan.


"Bagaimanapun, secara kesuluruhannya trend pertumbuhan EV di Malaysia masih di peringkat awalan," ujarnya.

Berdasarkan statistik semasa, pada tahun 2023 sebanyak 15,671 kenderaan elektrik telah didaftarkan berbanding jumlah kenderaan yang didaftarkan iaitu 1,533,332 kenderaan, iaitu hanya 1%.


"Sehingga 30 April lalu, jumlah kenderaan elektrik yang didaftarkan tahun ini adalah sebanyak 7,003 atau 1.4% berbanding jumlah kenderaan sebanyak 499,945.


"Peralihan kepada kenderaan ZEV di Malayaia masih memerlukan sokongan dasar yang kukuh dan berterusan pada tahap ini," katanya.


Dalam pada itu, Loke berkata kerajaan akan memperkenalkan bingkai plat khas bagi kenderaan elektrik untuk membezakan antara ZEV dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).


Beliau berkata bingkai plat khas itu akan dikeluarkan oleh syarikat pengeluar ZEV dan dipasang terus pada kenderaan berkenaan sebelum diserahkan kepada pembeli.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page