Kadar elaun ETAP petugas kesihatan dinaikkan - Menteri Kesihatan
- Suara Keadilan
- 5 hours ago
- 1 min read

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendapat persetujuan untuk menaikkan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) bagi petugas kesihatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pengumuman lanjut mengenai jumlah kenaikan elaun tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.
"Kenaikan active allowance atau ETAP itu telahpun dapat persetujuan, cuma untuk mengumumkan jumlahnya itu, saya minta untuk tunggu pengumuman," katanya dipetik.
Beliau berkata begitu kepada pemberita selepas melancarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024: Pemakanan di Putrajaya pada Khamis.
ETAP yang dahulunya dikenali sebagai Elaun Kerja Luar Waktu Bekerja Biasa (EKLWBB).
Ia merupakan imbuhan kepada Pegawai Perubatan atas tanggungjawab tambahan yang dijalankan mereka semasa bertugas ‘on-call’ di hospital selepas waktu bekerja biasa.
Sementara itu Dr Dzulkefly menegaskan, aspek kebajikan petugas kesihatan sentiasa akan menjadi keutamaannya sepanjang memimpin kementerian tersebut.
Comments