top of page

Kabinet setuju terma sedia bayar RM310 juta jika MH370 ditemui



Kabinet semalam bersetuju terhadap terma dan syarat perjanjian dengan syarikat Ocean Infinity, firma robotik marin untuk meneruskan operasi pencarian bangkai pesawat MH370, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.


Beliau berkata melalui perjanjian itu, Malaysia hanya membayar fi sejumlah AS$70 juta (RM310.53 juta) kepada Ocean Infinity sekiranya bangkai pesawat MH370 berjaya ditemui.


"Keputusan Jemaah Menteri ini membolehkan operasi pencarian dasar laut dimulakan bagi mengesan bangkai pesawat MH370 di satu lokasi baharu yang dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi berdasarkan prinsip “no find, no fee”," katanya dalam kenyataan.


Dengan kelulusan Jemaah Menteri, Kementerian Pengangkutan akan mewakili Kerajaan bagi menandatangani perjanjian pencarian dengan Ocean Infinity, katanya.


Loke berkata mengikut prinsip ini, Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran kepada syarikat ini sekiranya tiada sebarang bangkai pesawat yang ditemui.


"Kerajaan komited meneruskan operasi pencarian dan memberikan penutup (closure) bagi keluarga waris penumpang pesawat MH370," katanya lagi.


Dari Januari hingga Jun 2018, Ocean Infinity melakukan pencarian di kawasan seluas 25,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi dengan misi itu berakhir tanpa menemukan sebarang serpihan pesawat.


Pada 8 Mac 2014, penerbangan MH370 berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.


Bagaimanapun, pesawat itu hilang daripada radar selepas hanya dua jam terbang dan masih tidak ditemui hingga ke hari ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mac tahun lalu menyatakan kesediaan Malaysia untuk membuka semula siasatan kehilangan pesawat itu sekiranya terdapat bukti baharu dan kukuh.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page