top of page

Kabinet setuju pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja



Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berhasrat untuk melaksanakan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).


Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, skim tersebut akan memberi perlindungan 24 jam sehari dalam tempoh tujuh hari seminggu kepada pekerja dengan meliputi kemalangan di luar waktu kerja termasuk kemalangan dalam perjalanan yang tidak berkaitan dengan pekerjaan itu.


"KESUMA cakna dengan perubahan lanskap peralihan waktu kerja pada masa kini susulan peningkatan aturan kerja anjal atau aturan kerja fleksibel (FWA) oleh majikan di Malaysia kesan daripada perkembangan digitalisasi.


"Pelaksanaan SKBBK ini merupakan satu mekanisme perlindungan sosial dalam menangani cabaran risiko berkaitan kerja dan risiko di luar waktu kerja terutama bagi pekerja yang terlibat dengan FWA.


"Ini kerana risiko kemalangan yang tidak berlaku di pejabat serta waktu kerja seperti kelaziman," jelasnya di Dewan Rakyat pada Selasa.


Sehubungan itu jelasnya KESUMA melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah mengadakan sesi libat urus dengan pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas perkara itu.


"Kesuma melalui Perkeso juga telah mengadakan sesi libat urus dengan para pemegang taruh bagi mendapatkan maklumbalas berkenaan cadangan pelaksanaan SKBBK bersama wakil dari pihak Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Persekutuan PengilangPengilang Malaysia (FMM).


"Selain itu turut diadakan bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak.


"Kesuma juga menjangkakan Rang Undang-Undang (RUU) bagi skim ini akan dapat dibentangkan di Mesyuarat Parlimen pada tahun ini," ujarnya.

Dalam pada itu jelasnya, mesyuarat Kabinet secara prinsipnya telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan SKBBK itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page