top of page

Kabinet larang anggota Kabinet rebut jawatan persatuan sukan



Kabinet hari ini memutuskan bahawa anggota pentadbiran iaitu menteri dan timbalan menteri dilarang bertanding merebut jawatan dalam persatuan sukan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.


Beliau yang akur dengan arahan tersebut mengambil keputusan menarik diri daripada pertandingan bagi merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang dijadualkan pada September ini.


"Justeru itu, saya menerima keputusan tersebut dan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden KLFA.


"Saya akan terus komited menyokong KLFA membangunkan ekosistem bola sepak yang sihat dan menyokong kejayaan KL City FC sebagai pasukan bola sepak profesional," katanya dalam hantaran di X hari ini.


Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata beliau akan terus menaungi kelab bola sepak Setiawangsa Rangers yang merupakan antara kelab gabungan KLFA yang diasaskan olehnya sejak 2018.


Sebelum ini, beliau menamakan beberapa calon sepasukannya untuk bagi Ahli Jawatankuasa KLFA menjelang pemilihan Exco baharu dalam Mesyuarat Agong Tahunan persatuan itu nanti.


Penasihat Setiawangsa Rangers FC, Datuk Azril Mat Drus dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan turut disenaraikan sebagai calon timbalan presiden.


Empat naib presiden pula terdiri daripada Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, Pengarah Bebas Saudee Group Bhd, Datuk Sham Shamrat Sen Gupta, Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof dan Pengarah Eksekutif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mohamad Hamim.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut dilaporkan menawarkan diri untuk bertanding sebagai presiden persatuan bola sepak itu dengan membariskan pasukannya yang terdiri daripada Pengarah Kuala Lumpur (KL) United Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar sebagai Timbalan Presiden KLFA.


Calon bagi jawatan naib presiden pula ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin serta Datuk Mohd Razlan Rafii yang yang juga Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Ketika ini jawatan Presiden KLFA dipangku oleh Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid selepas bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad melepaskan jawatan pada Mac lepas.


Pemilihan barisan kepimpinan baharu KLFA pada kongres itu bakal memilih seorang presiden, dua timbalan presiden, empat naib presiden dan 10 ahli jawatankuasa (Exco).


Bagaimanapun Kongres KLFA yang dijadual pada 7 September ini dilaporkan mungkin ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas semua calon yang bertanding, kata Abdullah Sani.


Memetik laporan media tempatan, beliau berkata perkara itu merupakan proses biasa bagi mengesan kebarangkalian salah laku dalam kalangan calon.


Abdullah Sani berkata, siasatan SPRM itu dijangka mengambil masa sehingga 14 hari selepas kesemua dokumen calon diserahkan kepada pihak berkuasa tersebut pada Isnin.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page