top of page

Kabinet bincang kebajikan kanak-kanak diselamatkan dari GISBH



Mesyuarat Kabinet semalam telah membincangkan isu kebajikan kepada kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu kebajikan, pendidikan dan masa depan kanak-kanak terbabit menjadi keutamaan kerajaan.


Justeru jelasnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan akan mewujudkan tempat khusus untuk kanak-kanak dan remaja berkenaan.


"Ini agar mereka (kanak-kanak dan remaja) mendapat kepedulian daripada pihak JKM," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ketika dipetik.


Minggu lalu pihak berkuasa polis melancarkan Op Global dan menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun dari 18 rumah kebajikan dikaitkan dengan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan.


Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam satu sidang media berkata, berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki GISBH melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain penganiayaan dan di eksploitasi terhadap kanak-kanak dan remaja terbabit.


Susulan itu juga seramai 171 individu ditahan bagi membantu siasatan.


Sementara itu Ahmad Zahid berkata, pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan JKM untuk melihat peluang untuk remaja terbabit menyertai program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).


Bagaimanapun perkara penting ketika ini adalah memberikan pendidikan agama serta akidah kepada mereka yang selama ini tinggal di rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings.

0 comments

Recent Posts

See All

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page