top of page

K'jaan peruntukkan RM900 juta Program Residensi Rakyat, Rumah Mesra Rakyat



Kerajaan MADANI berhasrat untuk menjadikan Program Residensi Rakyat (PRR) sebagai program perumahan awam berprestasi unggul.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, bagi tujuan itu kerajaan memperuntukkan RM185 juta untuk penyelenggaraan rumah strata kos rendah dan sederhana termasuk RM88.1 juta bagi penggantian lif usang.


"Inisiatif-inisiatif ini akan memberi impak yang positif kepada sektor perumahan dan memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi negara," katanya dipetik ketika sesi libat urus bersama media sempena pembentangan Belanjawan 2025, di Kuala Lumpur pada Khamis.


Mengulas mengenai belanjawan yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat minggu lalu beliau berkata, Kerajaan memperuntukkan RM900 juta bagi PRR dan RMR (Rumah Mesra Rakyat) .


Peruntukan itu membabitkan sebanyak 48 PRR, 14 projek RMR dan tiga projek baharu membabitkan 600 unit rumah dalam Pembangunan Perumahan Inklusif Madani (PIM), PRR Kampung Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan dan PRR Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.


"KPKT turut meningkatkan kadar siling bina baharu kepada RM90,000 daripada RM75,000 serta menaikkan kadar siling baik pulih rumah rakyat kepada RM20,000 daripada RM10,000.


"Ia dapat membantu rakyat, terutama komuniti yang mendiami kawasan luar bandar bagi meningkatkan taraf hidup mereka," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page