top of page

JWP sumbang RM1.10 juta kepada 2,204 jemaah haji



Sebanyak RM1.102 juta diperuntukkan Jabatan Wilayah Persekutuan bagi sumbangan wang tunai kepada 2,204 bakal jemaah haji di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan sumbangan menerusi Program Usaha Jaya Insan (PUJI) itu bertujuan meringankan beban perbelanjaan bagi penyediaan kelengkapan ke Tanah Suci.


Sumbangan kepada bakal jemaah sudah diserahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa kepada bakal jemaah pada satu majlis penyerahan sumbangan yang diadakan di Putrajaya lewat petang semalam.


"Seramai 579 warga Putrajaya menerima sumbangan sebanyak RM500 seorang dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM289,500.


"Pelaksanaan program ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim dan jalinan ukhuwah antara pemimpin masyarakat dan komuniti setempat," menurut PPj.


Pada majlis penyerahan sumbangan itu, Dr Zaliha turut menitipkan beberapa peringatan kepada jemaah haji.


Antara lain beliau mengingatkan mereka untuk mematuhi panduan kesihatan yang disarankan oleh Lembaga Tabung Haji dan mengamalkan pemakanan seimbang.


Dr Zaliha turut mendoakan agar mereka dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page