top of page

JWP laksana pelbagai agenda sempena Kepengerusian ASEAN



Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan melaksana pelbagai agenda bersempena peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, agenda berkenaan yang turut merangkumi perancangan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dilaksana dengan kerjasama agensi berkaitan.


"Kita akan memperincikan apakah agenda berkenaan. Nanti akan ada pertemuan dengan pimpinan tertinggi Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya untuk melihat keutamaan yang akan diberikan untuk tahun 2025," katanya dipetik.


Menyentuh mengenai keutamaan kementeriannya pada tahun ini beliau menjelaskan, pihaknya mengetengahkan agenda C.H.A.S.E City dengan melihat kepada keterangkuman daripada semua dasar yang telah dilaksanakan sebelum ini.


C.H.A.S.E City merupakan visi Dr Zaliha dalam menjadikan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan sebagai CHASE iaitu Clean City (bandar bersih), Healthy City (bandar sihat), Advanced City (bandar maju), Safe City (bandar selamat) dan Eco Friendly City (bandar mesra alam).

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page