top of page

Junjung prinsip demokrasi: Anwar mahu pemilihan KEADILAN segera dilaksana



Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pemilihan parti itu diadakan segera.


Perkara itu antara inti pati dalam ucapan penangguhan beliau pada Kongres Nasional Khas KEADILAN yang berlangsung di Shah Alam pada Ahad.

"Selaku parti yang menjunjung tinggi prinsip demokrasi harus segera mengadakan pemilihan bagi membolehkan proses peralihan kepimpinan berjalan," katanya menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya.


Anwar yang juga Perdana Menteri menasihati pimpinan muda supaya tidak gelojoh dan menghargai pengalaman getir pemimpin terdahulu yang dihina, ditekan dan dianggap sebagai musuh negara yang berjuang memastikan parti itu kukuh bertapak pada saat ini.


Kongres khas KEADILAN semalam diadakan secara hibrid bertujuan untuk meminda perlembagaan parti yang antara lain meningkatkan jumlah perwakilan bagi mengundi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat.


Lebih dua pertiga perwakilan telah menyatakan persetujuan sewaktu pengundian, sekali gus meluluskan usul pindaan perlembagaan termasuk penetapan prinsip penetapan kuota gender dan etnik.


Sementara itu Anwar menerusi ucapannya turut menegur tindakan segelintir pimpinan dan Ahli Parlimen KEADILAN yang terperangkap dalam sentimen dimainkan pembangkang.


"Pimpinan dan Ahli Parlimen KEADILAN seharusnya bingkas menjawab dan melawan dakwaan pembangkang dengan fakta, umpamanya kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dalam kes Batu Puteh.


"Pimpinan juga perlu segera memberi penjelasan pada rakyat terhadap sentimen dangkal kononnya Melayu dan Islam terancam ketika ini, sedangkan hakikatnya hanya mereka yang mencuri berbilion ringgit wang rakyat terancam di bawah pimpinan Kerajaan MADANI," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page