top of page

Jumlah sungai tercemar seluruh negara makin berkurangan - Nik Nazmi



Usaha memelihara dan memulihkan kualiti air sungai di negara ini menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah sungai yang dikategorikan 'bersih' semakin meningkat,


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di Dewan Rakyat pada Selasa memaklumkan sebanyak 486 dikategorikan sebagai bersih tahun lalu berbanding 408 pada 2019.


Manakala bagi tempoh sama sungai yang dikategorikan 'tercemar' berkurangan daripada 59 sungai kepada 25 sungai pada 2023.


Usaha memelihara dan memulihkan kualiti air itu jelasnya dilaksana menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan kerajaan membelanjakan RM9.8 juta bagi menyokong usaha itu.


"Kita juga dalam proses memperkasakan kualiti alam sekitar EQMP menerusi pembangunan pelan tindakan Pengawasan Alam Sekitar Kebangsaan 2024/2034 dan kita akan meningkatkan lagi keberkesanan Jabatan Alam Sekitar dengan proses pemerkasaan yang ingin kita mulakan pada tahun akan datang ini," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya menjawab soalan tambahan dikemuka Ahli Parlimen Dr Mohammed Taufiq Johari (PN-Sungai Petani) mengenai perkara itu.


Sementara itu sebagai mengulas usaha memperkasa alam sekitar beliau berkata, JAS sentiasa komited dalam mengawal pencemaran terutamanya melibatkan punca punca pencemaran.


Antaranya aktiviti perbandaran, penternakan, pertanian serta aktiviti komersial yang tidak mempunyai sistem rawatan atau kumbahan yang sempurna.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page