top of page

Jumlah populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif



Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan positif.


Perkara itu dinyatakan kepada pemberita selepas melancarkan jawatan pengerusi ASEAN di peringkat kementerian di Institut Hutan Simpan Malaysia (FRIM) di Kuala Lumpur pada Selasa.


Tambahnya, maklumat tersebut berdasarkan pemantauan, namun jumlah sebenar haiwan berkenaan hanya akan diketahui selepas menerima angka rasmi daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).


"Bancian terakhir (yang dilakukan terhadap Harimau Malaya) menunjukkan kurang daripada 150 ekor.


"Kita akan menunggu bancian rasmi untuk mendapat angka yang tepat, tetapi berdasarkan angka awal di lapangan yang diterima, terdapat perkembangan positif.


"Ia adalah hasil daripada tindakan penguatkuasaan yang dibantu oleh pertambahan Ranger Komuniti. Namun populasi Harimau Malaya masih kekal berisiko dan memerlukan perlindungan berterusan," katanya.


NRES kini sedang giat melakukan konservasi Harimau Malaya bagi tempoh 10 tahun sehingga 2030.


Nik Nazmi sebelum ini berkata pihaknya terus komited untuk melindungi dan memulihara Harimau Malaya bagi memastikan spesies ikonik yang menjadi simbol Jata Negara tidak pupus.

Bình luận


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page