top of page

Jumlah hutang negara tinggi sebab perlu bayar dicampur hutang lama - Rafizi



Pakar media sosial pembangkang sekali lagi dengan pantas memperlekeh pengumuman Perdana Menteri bahawa dalam tempoh kurang dua tahun pemerintahan Kerajaan Perpaduan jumlah hutang negara telah berjaya dikurangkan secara signifikan.


Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, laskar siber pembangkang baru baru ini mengeluarkan angka hutang negara terkini dan terdapat pertambahan, yang mempertikaikan pengumuman PM bahawa hutang telah berkurang.


Bagi Rafizi, kenyataan laskar siber itu sengaja memperbodohkan rakyat dan tidak seharusnya diberi perhatian oleh sesiapa yang cerdik.


"Saya selalu terangkan bahawa pada masa kerajaan komited kurangkan hutang baru setiap tahun, kita masih perlu membayar hutang-hutang yang diwarisi.


"Jadi jumlah hutang tahunan itu perlu mengambil kira bayaran hutang terdahulu setiap tahun.


"Tempoh matang hutang kerajaan selalunya antara 3 ke 5 tahun, ada yang lagi panjang daripada itu," katanya dalam kenyataan di Facebook.


Katanya hutang sedia ada dan ditambah hutang terdahulu pastinya menimbun berdasarkan jangkaan, 2023 sebanyak RM78 bilion; 2024 (RM97 bilion), 2025 (RM89 biion) dan 2026 (RM97 bilion)


Sedangkan pinjaman baharu kerajaan, katanya, turun kepada RM86 bilion untuk 2024, berbanding RM93 bilion (2023) dan RM100 bilion pada 2022.


"Maknanya, hutang-hutang yang diambil oleh kerajaan terdahulu kini perlu dibayar oleh kerajaan sekarang.


"Walaupun ekonomi makin baik, cukai yang dikutip lebih tinggi, tetapi oleh kerana tempoh matang hutang terdahulu perlu dibayar, jumlah hutang keseluruhan masih nampak tinggi.


"Sebab itu, prestasi mengurangkan hutang perlu diteliti juga dari segi jumlah hutang baharu tahunan yang diambil oleh pentadbiran sekarang, seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar," kata Rafizi.


Katanya, dalam tempoh dua tahun mentadbir hutang baru tahunan telah berjaya diturunkan sebanyak RM14 bilion, iaitu RM86 bilion bagi 2024 berbanding RM100 bilion dalam 2022.


"Jika prestasi ini dapat dikekalkan, jumlah hutang keseluruhan negara akan mula menurun bermula 2027 ke atas apabila jumlah hutang terdahulu yang matang akan berkurang.


"Lain kali, kalau kurang faham, bacalah dulu," sinis Rafizi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page