top of page

Jubli Perak KEADILAN: Dr Wan Azizah kunjungi pameran bergambar



Oleh: Abdullah Zaid


Tumpuan terarah ke galeri pameran bergambar Karnival Ulang Tahun 25 Keadilan, Sentul Depot hari ini yang memaparkan jerih perih perjuangan Reformasi dan anggota KEADILAN sehingga menjadi sebahagian daripada kerajaan.


Mantan Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempat meluangkan masa melawat galeri pameran bagi mengimbau perjuangan Reformasi dan KEADILAN selama dia dekad.


Dalam keadaan bersahaja, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menandatangani beberapa gambar ikonik sebagai tanda kenangan-kenangan.


Mantan Timbalan Perdana Menteri itu kemudian menyertai sesi Borak Santai bersama Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet sebagai moderator.


DS Dr Wan Azizah menandatangani gambar ikonik sebagai kenangan abadi perjuangan Reformasi

Acara bual bicara santai itu turut dihadiri Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa selaku ahli panel.


Untuk rekod Dr Wan Azizah merupakan Presiden pertama KEADILAN. Beliau berkhidmat sejak 1999 sehingga 2019 apabila tempatnya diambil alih secara rasmi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dr Wan Azizah memimpin KEADILAN mengharungi 5 kali Pilihan Raya Umum iaitu pada 1999, 2004, 2008, 2013 dan yang paling bersejarah pada 2018 apabila buat pertama kali logo KEADILAN digunakan untuk semua calon Pakatan Harapan dan BN tumbang buat pertama kali di peringkat Persekutuan setelah 60 tahun memerintah Malaysia.


Karnival ulang tahun Jubli Perak hari ini diadakan bagi mengenang jasa para pejuang Reformasi dan pengerak parti yang telah berusaha selama dua dekad sehingga KEADILAN menjadi parti peneraju politik Malaysia.


Ulang tahun penuh makna ini diadakan secara dua peringkat, untuk orang awam acara dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang manakala pada belah malam tertumpu kepada jemputan khas dan anggota parti dari 6.30 petang hingga 11.00 malam.


Acara kemuncak akan diisi dengan ucapan amanat Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum diakhiri persembahan puisi dan nyanyian khas Datuk Zainal Abidin.


Dijangka kira kira 10,000 ribu anggota KEADILAN dan penyokong Reformasi akan hadir pada hari ini.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page