top of page

Jualan runcit diesel menurun bukti subsidi disalah guna - Fuziah



Penurunan mendadak jualan runcit diesel selepas pelaksanaan dasar rasionalisasi subsidi menunjukkan sebelum ini memang terdapat penyalahgunaan subsidi bahan api itu.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata sejak minggu pertama penyasaran subsidi bermula terdapat perubahan besar dalam pola penggunaan diesel di Malaysia.


"Jualan diesel telah menurun sebanyak 30%, yang setara dengan pengurangan 8 juta liter sehari manakala pembelian diesel komersial yang dijual pada harga pasaran, telah meningkat sebanyak 4 juta liter sehari.


"Pada saya ini menunjukkan bahawa diesel yang disubsidi sebelumnya telah disalahgunakan," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Penyasaran subsidi yang dikuatkuasakan bermula 10 Jun lalu dijangka dapat menjimatkan kira-kira RM4 bilion setahun, dan mengukuhkan kedudukan kewangan negara, menurut data kerajaan.


Fuziah berkata stesen minyak berhampiran sempadan Malaysia juga mengalami penurunan 40 peratus dalam jualan diesel sejak penguatkuasaan dasar subdidi bersasar.


"Ini menunjukkan bahawa penyeludupan ke negara jiran adalah isu yang besar," jelasnya.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa matlamat utama dasar rasionalisasi subsidi diesel adalah untuk memastikan pembaziran subsidi tidak lagi berterusan, kata Fuziah.


Jelasnya dasar itu juga bagi memastikan potongan perbelanjaan memberi manfaat kepada populasi yang lebih luas.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page