Oleh: Akmal Manaf
Harapan menjadikan Johor sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara sebagaimana diutarakan dalam persiangan Invest Malaysia Iskandar 2024 kelmarin disambut baik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern
Menurut Arthur Chiong, sebagai ADUN Pakatan Harapan di Johor beliau akan meberikan komitmen tidak berbelah bahagi dalam menyokong agenda kerajaan menjayakan pelan pembangunan tersebut.
Katanya, sokongan itu adalah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negeri.
"Sebagai ADUN Bukit Batu, saya menyambut baik pengumuman terbaharu mengenai Johor sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.
"Inisiatif-inisiatif yang telah dibentangkan termasuk peningkatan infrastruktur dan pembangunan ekonomi di Johor, jelas akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat, terutamanya dalam meningkatkan taraf hidup dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan," katanya menerusi satu kenyataan.
Menurut Arthur lagi, usaha Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan yang menekankan pembangunan seimbang harus dipuji kerana ianya mengambil kira kepentingan seluruh rakyat.
Ujarnya, langkah berkenaan selari dengan visi Anwar yang juga KEADILAN dalam memperkukuh ekonomi Malaysia melalui pengagihan peluang ekonomi yang lebih saksama dan mampan.
Comments