top of page

Johari undang Thailand sertai Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN



Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selesai mengadakan lawatan rasmi ke Thailand bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.


Parlimen Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, Johari yang juga Pengerusi AIPA ke-46 telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Perhimpunan Kebangsaan dan Speaker Dewan Perwakilan Thailand Wan Muhamad Noor Matha.


"Semasa pertemuan tersebut, Yang Dipertua Dewan Rakyat turut berkongsi persiapan Parlimen Malaysia untuk mempengerusi Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) pada September ini.


"Beliau turut menjemput Wan Muhammad Noor serta Senator Thailand untuk menyertai AIPA yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur," menurut kenyataan itu.


Menerusi hantaran sama, Parlimen Malaysia menyatakan komited untuk terus memacu pembangunan mampan dan membawa ASEAN ke arah masa depan yang lebih progresif dan inklusif.


Sementara itu Johari menerusi hantaran di laman sosialnya memberitahu, sepanjang lawatan rasmi ke Thailand, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Senat Thailand Mongkol Surajja.


Pertemuan itu bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama antara institusi legislatif ASEAN serta mempererat hubungan dua hala antara institusi legislatif Thailand dan Malaysia.


Selain itu Johari sempat mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Bangkok bagi mendengar pandangan dan perkongsian mereka tentang cabaran serta peluang yang dihadapi mereka.


"Saya sempat menyampaikan amanat bahawa rakyat Malaysia, di mana sahaja mereka berada, perlu terus memberi impak signifikan dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kebudayaan," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page