top of page

Johari terima usul bahas laporan RCI kedaulatan Batu Puteh



Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan bahawa laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.


Jelasnya beliau sudah menerima sudah menerima dan meluluskan usul tersebut yang dijangka dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.


"Insya-Allah menteri (Azalina) akan bentangkan minggu depan sebelum (berakhir sesi persidangan), 12 Disember ini. Saya sudah dapat usul dan edaran laporan juga telah dibuat, ia diletakkan di meja semua Ahli Parlimen.


"Kita juga berharap ia akan dibahaskan dan media harus melaporkannya supaya rakyat tahu apa yang berlaku dan dari situ kita akan lihat 'what's next' (tindakan seterusnya)," katanya dipetik.


Laporan RCI terbabit diedarkan kepada ahli Parlimen pada Khamis antara lain mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Menurut suruhanjaya itu, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas Mahathir mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun yang sama.


Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Amanah negeri Johor Aminolhuda Hassan menyokong syor supaya Mahathir Mohamad di siasat.


Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, siasatan itu akan mendedahkan fakta sebenar di sebalik keputusan pentadbiran Mahathir ketika itu yang tidak meneruskan semakan terhadap keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ) pada 2008 mengenai Batu Puteh.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page