top of page

Johari panggil KSU, kaji penambahbaikan akta usang



Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memanggil setiap Ketua Setiausaha (KSU) dan penasihat undang-undang semua kementerian bagi menilai semula akta sedia ada yang mungkin tidak lagi sesuai pada masa ini.


Bercakap pada sidang media selepas lawatan kerja ke DUN Perak pada Isnin beliau berkata, langkah diusahakan itu bertujuan untuk berbincang agar undang-undang yang tidak lagi releven dapat ditambah baik supaya sesuai dan seiring dengan peredaran masa.


"Ini kali pertama Speaker panggil semua KSU, Alhamdulillah respons cukup baik.


"Kita akan ada sekurang-kurangnya dua hingga tiga perjumpaan setahun," katanya dipetik.


Johari sebelumnya ditanyakan, sama ada kajian terhadap akta lama dijalankan pada peringkat Parlimen.


Mengulas lanjut beliau memaklumkan, pihaknya tidak meletakkan sebarang garis masa untuk sebarang cadangan daripada KSU kerana usaha yang dilaksana itu merupakan proses berterusan.


"Pada peringkat Parlimen kita akan membantu dalam hal berkenaan.


"Saya ingat kita akan ada pertemuan kedua mungkin pada masa Bajet (2025) ini, ia akan berikan ruang kepada KSU berhubung terus dengan pejabat saya melalui Setiausaha Dewan," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page