top of page

Johari mahu ubah persepsi umum terhadap institusi Parlimen



Oleh: Azuan Ab Rahman


Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia bakal menjadi pentas memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan juga Speaker.


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul berkata institusi itu memainkan peranan lebih luas daripada sekadar menjalankan persidangan, melalui pelbagai program pembabitan awam dan pendidikan terhadap pihak berkepentingan.


"Melalui inisiatif seperti persidangan ini, peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker dalam demokrasi diperjelaskan, sekali gus merubah persepsi bahawa Parlimen hanya bersidang 70 hari setahun.

"Ini membuktikan komitmen Parlimen Malaysia dan DUN untuk terus memperkasakan institusi legislatif dengan menggalakkan pembabitan lebih dekat dan terus bersama rakyat," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Parlimen Malaysia pada Selasa.


Persidangan itu berlangsung di Kuching, Sarawak bermula hari ini sehingga 14 September depan akan menekankan usaha mendekatkan institusi legislatif dengan masyarakat menerusi program pendidikan, dialog bersama rakyat dan inisiatif keterlibatan media.


Selain akan membentangkan kertas kerja bertajuk 'Memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen Melalui Penglibatan Awam Yang Progresif' pada persidangan berkenaan, Johari dijadual mengadakan syarahan bertajuk 'Bicara Ketatanegaraan: Membangun Masa Hadapan' kepada warga pendidik Sarawak di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak pada 12 September ini.

Persidangan ini juga akan menyaksikan pembentangan kertas kerja oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, bertajuk 'Persoalan: Adakah Dewan Negara Institusi Rubber Stamp? Kuasa Speaker: Satu Coretan', serta Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, bertajuk 'Penggubalan Peraturan Mesyuarat'.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page