top of page

Johari cadang Inisiatif AI sebagai isu utama Sidang Kemuncak ASEAN



Malaysia akan mencadangkan inisiatif kecerdasan buatan (AI) kepada Sekretariat ASEAN untuk memastikan teknologi ini digunakan secara meluas di seluruh rantau ini.


Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata, Malaysia dijangka memainkan peranan lebih penting dalam memimpin komuniti ASEAN menuju pemahaman yang lebih mendalam mengenai AI.


"Kita memerlukan keupayaan AI dengan segera kerana dunia semakin kompetitif dan kita perlu bersedia.


"Selain itu kita mempengerusikan ASEAN tahun ini, jadi kita perlu menunjukkan bahawa kita bersedia dengan keupayaan AI dan boleh menjadi contoh bagi negara-negara ASEAN lain yang akan melihat kita sebagai panduan.


"Oleh itu, kita mungkin mencadangkan kepada Sekretariat ASEAN untuk menjadikan ini sebagai antara isu utama (di Sidang Kemuncak ASEAN) kerana Malaysia seharusnya memimpin komuniti ASEAN untuk menjadi lebih peka terhadap AI," kata Johari yang juga Presiden Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 dipetik.


Terdahulu, beliau melawat Pameran 'AI untuk Masa Depan Malaysia' yang diadakan lobi Parlimen.


Dianjurkan secara bersama oleh Parlimen Malaysia, Kementerian Digital (Pejabat AI Negara), UNITAR International University, dan Microsoft ia mempamerkan perkembangan terkini berkaitan teknologi berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page