top of page

Jimat RM740, ikuti program peralihan khas lesen motorsikal kelas B



Pentadbiran kerajaan Madani memperkenalkan satu lagi kemudahan bagi manfaat kepada rakyat apabila membenarkan pemegang lesen memandu kelas B1 dan B2 untuk diserapkan kepada kelas B penuh iaitu motosikal berkuasa tinggi melalui satu program khas peralihan bermula pada Oktober ini.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, syarat bagi menduduki program itu ialah individu terbabit telah memegang lesen memandu kelas B1 atau B2 secara aktif untuk tempoh berterusan minimum 10 tahun.


"Syarat ini bagi memastikan tahap kompetensi dan pengalaman pemanduan kenderaan motosikal bagi mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar," katanya dipetik pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2024 peringkat Kementerian Pengangkutan (MOT) di Putrajaya hari ini.


Anthony Loke berkata, calon yang menjalani program khas peralihan itu akan dikenakan bayaran RM160 bagi menampung kos operasi di institut memandu.


Beliau berkata pemegang lesen memandu itu juga perlu mengikuti latihan litar selama dua jam dan lulus penyesuaian kenderaan melibatkan praktikal penunggangan, informasi pemanduan selamat serta pengendalian motosikal berkuasa besar.


Sebelum ini kos mendapatkan lesen memandu kelas B adalah RM900 sekali gus menyaksikan penjimatan sebanyak RM740 selain memerlukan dua jam kelas teori dan 9.5 jam latihan di litar.


Beliau berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini dalam fasa akhir persiapan bagi memperkenalkan program peralihan berkenaan, termasuk melaksanakan perubahan sistem dan penyelarasan dengan pihak IM.


Dalam pada itu, Anthony Loke memberitahu kerajaan tidak akan lagi mengeluarkan lesen memandu kelas B1 (motosikal kurang 499cc) kerana ia akan digabungkan dengan kelas B (melebih 500cc).


Katanya, langkah itu dibuat setelah mengambil kira permintaan mendapatkan lesen memandu kelas B1 terlalu rendah setiap tahun kerana ramai yang memilih untuk mendapatkan kelas B sahaja.


"Mulai 1 Oktober ini, tiada lagi program mendapatkan lesen memandu kelas B1 di institute memandu. Dengan mendapatkan lesen memandu kelas B, individu layak memandu semua kuasa (cc) motosikal...bagi pemegang lesen B1 sedia ada, mereka kekal di kategori berkenaan atau menjalani program khas peralihan bagi mendapatkan kelas B," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page