top of page

Jentera KEADILAN DUN Sementa dilancar



Jentera KEADILAN DUN Sementa, Selangor dilancarkan kelmarin di Kampung Tok Muda, Batu 12, Kapar dengan kekuatan penuh biar pun DUN berkenaan hanya dipimpin oleh seorang penyelaras.


Menurut Penyelaras DUN, Mohd Saadon Muah, DUN Sementa yang sebelum ini dipimpin oleh Daroyah Alwi kali ini siap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 bagi mempertahankan kerusi parlimen Kapar.


"Jentera N43 Sementa yang terdiri daripada pelbagai kaum telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang, malah juga akan turun membantu calon parlimen Kapar dalam PRU-15 ini," katanya dalam ucapan.


Selain itu, Mohd Saadon juga menyelar pengkhianatan yang dilakukan oleh Ahli Dewan Negeri Sementa yang dahulunya dari KEADILAN


Selain beliau, pemimpin NGO Generasi KEADILAN Malaysia, Mazli Saring juga mengutuk keras tindakan tidak berintegiriti oleh ADN Sementa.


Beliau berharap Pilihan Raya Negeri yang diadakan pada tahun hadapan bakal menjadi medan untuk rakyat menghukum wakil rakyat mereka.


"Saya menyeru pengundi agar menyapu bersih kesemua 24 kerusi parlimen dalam Selangor di mana sebelum ini 22 parlimen telah terbukti dimenangi pada PRU-14, dan kekalkan Pakatan Harapan selaku Kerajaan Negeri Selangor yang terus menerus sejak 2008," katanya.


Majlis pelancaran itu berakhir dengan kira kira 100 jentera akar umbi mengibarkan bendera PH yang akan digunakan secara rasmi dalam PRU ke 15 ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page