top of page

Jenayah scam: RM19 bilion wang mangsa berjaya disekat - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 3, 2024
  • 2 min read


Jenayah scammer yang berleluasa di Malaysia dilihat berjaya ditangani biarpun tidak sepenuhnya apabila kerajaan dan agensinya berjaya menyekat RM19 bilion wang yang ditipu daripada pindah ke akaun penjenayah.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun jenayah penipuan atas talian amat rumit namun dengan usaha kerajaan termasuk kerjasama di peringkat ASEAN, jenayah itu telah dikurangkan.


"Kita adakan satu jawatankausa khas di peringkat ASEAN untuk meningkatkan bidang kerjasama memantau dan mengenalpasti langkah lebih canggih mengatasi kecanggihan oleh penipu. Umpamanya satu kes dilapor polis, satu akaun mule penagih dadah yang tidak tahu ia digunakan, itu mencecah lebih RM1 bilion. Maknanya jumlah ditipu itu ramai.


"Memang benar RM19 bilion berjaya disekat, menunjukkan ada kejayaan. Bayangkan tidak disekat oleh NSRC (National Scam Response Center) dengan kerjasama PDRM, SKMM, bank dan syarikat telekomunikasi, maka RM19 bilion akan terlepas.


"Yang disita RM6 juta. Sejak penubuhan NSRC sebanyak 140,474 panggilan diterima melibatkan 69,000 kes penipuan," katanya menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Suhaizan Kayat (PH-Pulai) dalam sesi PMQ di Dewan Rakyat pagi tadi.


PM berharap dengan pindaan undang undang berkaitan jenayah scam, kajian berterusan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diselaraskan oleh jawatankuasa dipimpin Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Kementerian Kewangan, hal itu akan ditangani dengan lebih berkesan.


Manakala menjawab soalan Ahli Parlimen Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang bertanya adalah Malaysia akan mengikut amalan bank di United Kingdom sejak 2024 memberi ganti rugi kepada mangsa scam dalam tempoh lima hari, PM berkata hal itu ada dilakukan oleh bank di negara ini.


"Kalau dikenal pasti kecuaian bank, maka bank akan bayar. Setakat ini RM178,407 telah dipulangkan. Bermakna ada.


"Seperti mana dikaitkan dengan undang undang di UK itu, hanya jika dikenalpasti kecuaian oleh pihak bank.


"Saya setuju bahawa prinsip itu juga digunapakai di sini cuma mungkin dalam kajian dibuat dipengerusilam KSP agar diperketatkan, jika bank didapati tidak benar benar cermat dalam memantau dan memastikan peraturan dipatuhi," katanya lagi.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page