top of page

Jenayah atas talian: Platform media sosial perlu dipantau rapi



Oleh: Akmal Manaf


Tindakan kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menguatkuasakan Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau lesen penyedia media sosial merupakan langkah terbaik bagi mengekang jenayah dan kandungan tidak bermoral di atas talian.


Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahudin berkata, sehubungan itu MCMC perlu melakukan pemantauan yang ketat ke atas penyedia perkhidmatan media sosial bagi memastikan rakyat berada dalam keadaan selamat ketika melayari Internet.


''Sekarang ini zaman teknologi dan segala maklumat berada di hujung jari, sekali gus memudahkan pengguna untuk mendapatkannya.


''Kalau tiada penguatkuasaan dan pemantauan daripada pihak berkuasa, kandungan tidak bermoral itu akan jadi berleluasa.


''Jadi, salah satu cara untuk mencegahnya adalah dengan menguatkuasakan undang-undang,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Selain itu, beliau turut memuji dasar yang dilaksanakan melalui MCMC itu sebagai salah satu dartipada agenda reformasi di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Untuk rekod, jenayah di media sosial meningkat saban tahun. Misalnya, statistik yang dikeluarkan menunjukkan jenayah penipuan atas talian seperti scam telah meningkat daripada 2,675 kes pada 2022 kepada 4,180 kes pada 2023 dan mencatatkan kerugian yang tidak sedikit kepada masyarakat.


Manakala dalam perbahasan di Dewan Rakyat baru baru ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata dari tempoh 2022 hingga Februari 2025 sebanyak 5,026 laman judi disekat dengan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan Internet manakala 224,403 kandungan perjudian di media sosial diturunkan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page