top of page

Jemaah Menteri bakal adakan permukiman ketiga, nilai prestasi



Prestasi Kerajaan Perpaduan akan dibincangkan dalam sesi pemukiman ketiga Jemaah Menteri yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata perjumpaan tahunan itu akan menjadi platform kepada anggota pentadbiran kerajaan untuk mencari jalan bagi memperbaiki sebarang kekurangan dan kelemahan.


"Kita dalam beberapa minggu ini akan mulakan dengan retreat (pemukimam) Jemaah Menteri, dan retreat itu bukan biasa untuk mencatat (bahawa) ini kejayaan masing-masing.


"(Pemukiman ini) untuk menyatakan bahawa ada ruang yang harus diperbaiki, ada kelemahan yang harus dibetulkan dan ada tahap kesungguhan yang harus kita tingkatkan," katanya dipetik ketika menyampaikan amanat Tahun Baharu 2025 bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya semalam.


Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.


Perdana Menteri berkata pemukiman tersebut akan diperluaskan ke peringkat pengurusan tertinggi kementerian dan ketua-ketua agensi bagi membolehkan kaedah baru dirumuskan untuk meningkatkan prestasi kerajaan.


"Apabila kita kumpul, kita bincang bersama, kita nilai prestasi masing-masing, kita beri pengiktirafan, kita berikan idea baharu, itu kita fikirkan bersama.


"Semangat ini harus ada dalam kalangan kita. Ia tidak akan jadi perubahan kepada negara ini sebagai negara hebat kalau tidak ada semangat dan kecintaan itu.


"Sebab itu tanggungjawab kepada bukan saja menteri, KSU, ketua pengarah itu harus lebih daripada sekadar meneruskan kerja seperti biasa, mesti cari kaedah baharu," katanya.


Menurut laporan media, sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negara selepas pilihan raya umum pada 2022, Jemaah Menteri di bawah pimpinan Anwar telah mengadakan sesi pemukiman pada Januari 2023 dan 2024.


Dalam tempoh pentadbirannya sejak 2022, Anwar melakukan rombakan Kabinet pada Disember 2023 yang menyaksikan jumlah Jemaah Menteri ditambah dari 28 kepada 31 orang manakala timbalan ditambah kepada 29 menjadikan keseluruhannya 60 orang.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page