top of page

Jelajah Kementerian Ekonomi hebah IKR di Sabah



Oleh: Akmal Manaf


Sebanyak 11 daerah di Sabah telah menjadi lokasi jelajah rasmi Kementerian Ekonomi dalam memberi hebahan berkaitan Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) yang diadakan baru-baru ini.


Menurut kenyataan Pejabat KEADILAN Kudat, 11 daerah itu termasuk Kota Merudu, Kota Belud, Kota Kinabalu, Sepanggar, Penampang, Putatan, Kimanis, Papar, Ranau dan Beaufort.


"Dalam kunjungan rasmi IKR ke setiap Majlis Daerah dan Pejabat Daerah di kawasan-kawasan berkenaan, Che Zam Hamzah iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri Ekonomi sempat meluangkan masa dalam program Borak Santai bersama Cabang-Cabang KEADILAN.


"Kesempatan itu digunakan untuk bertukar-tukar pandangan menjurus kepada cara memperkukuhkan Parti KEADILAN Rakyat bermula daripada akar umbi.


"Selain itu, Cabang-Cabang KEADILAN turut diberi penerangan tentang peruntukan IKR di bawah Kementerian Ekonomi," maklum kenyataan itu.


Perasmian penutup jelajah Che Zam Hamzah diadakan di Cabang KEADILAN Kudat bersama Ketua Cabang Kudat merangkap Pegawai Khas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, iaitu Stefly Said.


Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Sabah Merangkap Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan Sabah, Junaidah @Junn Makku dan Biro Ekonomi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Roslan Sapar turut serta memeriahkan acara berkenaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page