top of page

Jelajah Kekal KEADILAN Sarawak bermula November ini



Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak akan menganjurkan program 'Jelajah Kekal KEADILAN' di ke semua 31 cabang KEADILAN di negeri itu bermula dari utara, iaitu Cabang Lawas dan berakhir di DUN Petrajaya.


Menurut Ketua Penerangan MPN Wilayah Sarawak, Tay Wei Wei @ Naga Libau, jelajah terbabit akan diketuai oleh Timbalan Pengerusi MPN Sarawak, Ahmad Nazib merangkap Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri dan bermula pada November ini.


"Jelajah Kekal KEADILAN bertujuan menyantuni semua ahli KEADILAN di setiap 31 cabang dan memperkasakan jentera parti untuk memastikan agenda Malaysia Madani dirasakan di peringkat akar umbi.


"KEADILAN Sarawak merupakan pembangkang di negeri ini namun menyokong kerjasama Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.


"Dengan semangat kerjasama Pakatan Harapan Sarawak, kami akan bertanding di semua kerusi DUN yang diperuntukan untuk KEADILAN Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang," katanya dalam kenyataan.


Menurut Tay Wei Wei, program Jelajah Kekal KEADILAN dilaksanakan bagi membolehkan rakyat menilai sendiri keupayaan dan keseriusan parti itu bersama Pakatan Harapan untuk berkhidmat kepada rakyat Sarawak.


Menurutnya, MPN Sarawak juga telah mengarahkan semua cabang memantapkan aktiviti bagi memperlihatkan keupayaan KEADILAN membela rakyat tempatan.


"Semua ketua cabang telah diarah untuk memperkasakan cabang dengan membuat aktiviti penambahan anggota baru dan pendaftaran ranting-ranting baru di setiap kampung dan kawasan masing-masing serta menstruktur dan memantapkan jentera bagi menghadapi pilihanraya akan datang," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page