top of page

Jelajah Dialog Setiausaha Agung KEADILAN: 'Rapatkan saf, mantap gerak kerja'



Oleh: Aidi Amin


Jelajah Dialog Setiausaha Agung KEADILAN, Senator Dr Fuziah Salleh ke seluruh negara yang bermula beberapa minggu lalu berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklum balas daripada peringkat akar umbi parti.


Misi setiausaha agung baharu itu lebih kepada untuk merapatkan saf parti yang tidak begitu harmoni sejak selepas pemilihan 2022 lalu.


Sehubungan itu, Jelajah Dialog Setiausaha Agung membawa matlamat untuk menegaskan tiga prinsip menjelang pemilihan tahun hadapan iaitu keterlibatan demokrasi, representasi, amalan musyawarah dan pendamaian.


Peserta dibenar meluahkan isi hati dalam dialog bersama setiausaha agung KEADILAN

Dalam masa sama, dialog tersebut bakal memberi peluang kepada setiap Majlis Pimpinan Negeri, Cabang, AMK dan Wanita untuk berkongsi luahan dan pendapat serta mendapat pencerahan bagi beberapa soalan lazim berkenaan parti.


"Setelah saya berpeluang mendengar mesej dan sentimen berbeza yang bermula dari sebelah utara Semenanjung hingga ke Sarawak dan Sabah, dilihat titik persamaan di kalangan anggota adalah semua sayangkan parti tetapi merasakan tersisih setelah pemimpin yang diangkat sebelum ini seolah-olah membelakangi mereka.


"Prinsip demokrasi satu anggota satu undi adalah teras semangat reformasi KEADILAN namun pada masa sama telah melahirkan sistem ‘cai’ di mana wujud jurang pengenalan (calon tidak dikenal) akar umbi terhadap sebahagian calon yang tersenarai dalam sebuah kem.


"Usaha bagi merapatkan semula saf di kalangan anggota di samping memantapkan gerak kerja penubuhan ranting bawah cabang harus dilihat sebagai langkah membina jambatan kepada masyarakat setempat," katanya.


Diharapkan selepas ini setiap Majlis Pimpinan Negeri yang telah atau bakal menjalankan sesi dialog bersama setiausaha agung dapat mengamati dan berkongsi pencerahan kepada jawatankuasa cabang di peringkat bawah bagi menginsafi matlamat sebenar perjuangan parti.


Setia anggota seharusnya bersedia untuk menggerakkan parti pergi lebih jauh, dan keretakan yang berlaku selepas setiap pemilihan perlu ditautkan sesegera mungkin dengan pelbagai mekanisme yang akan diwujudkan.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page