top of page

JAWI selesai siasat isu zikir pelik di tanah perkuburan



Siasatan berkaitan isu zikir oleh sekumpulan individu di sebuah tanah perkuburan di ibu kota baru-baru ini telah selesai dijalankan.


Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Hanifuddin Roslan menerusi satu berkata, pihaknya telah mengambil keterangan pengadu dan menemu bual waris serta pelaku yang terlibat.


"JAWI juga telah memanjangkan isu ini kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan dari aspek hukum syarak.


"Pihak JAWI akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa," katanya dipetik.


Sebelum ini tular satu video berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan individu berzikir secara pelik dan kuat di sebuah tanah perkuburan di Setapak hingga mengundang kebimbangan masyarakat khususnya orang Islam.


Susulan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar baru-baru mengarahkan Jawi untuk menyiasat perkara tersebut dan memberi amaran bahawa pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.


Sementara itu Hanifuddin menerusi kenyataannya mengeluarkan menasihati agar masyarakat Islam di negara ini supaya tidak melakukan apa-apa amalan yang boleh mengundang kontroversi.

0 comments

Recent Posts

See All

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page