top of page

Jawatankuasa Pengurusan Insiden Awam KL ditubuh, tangani banjir



Oleh: Akmal Manaf


Jawatankuasa Pengurusan Insiden Awam Kuala Lumpur telah ditubuhkan bertujuan menangani dan memberi bantuan segera iaitu kurang setengah jam melibatkan insiden banjir kilat di ibu negara.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, jawatankuasa tersebut turut dibantu oleh agensi yang lain seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan.


''Seramai 490 petugas dalaman DBKL akan berada dalam keadaan siap siaga di lapangan.


''Mereka juga akan dibantu oleh petugas pasukan pemantau secara visual melalui lebih 60 unit kamera litar tertutup (CCTV) di bilik gerakan khususnya di kawasan hotspot yang telah dikenal pasti.


''Pemantauan kawasan hotspot itu sebagai contoh di sungai, parit dan juga kolam takungan,'' katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian menjawab soalan Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) yang meminta menyatakan langkah diambil DBKL untuk mencegah dan menangani banjir kilat di Kuala Lumpur.


Mengulas lanjut, beliau berkata, mulai esok satu langkah proaktif akan dilaksanakan iaitu semua ‘variable message system’ (VMS) atau papan iklan LED di bawah seliaan DBKL akan memaparkan status semasa cuaca dan amaran kemungkinan berlakunya banjir kilat.


"Kita mendapat kerjasama daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan JPS.


"Ini kita akan mulakan dengan papan iklan LED di Menara DBKL terlebih dahulu. Jadi rakyat atau penduduk di Kuala Lumpur boleh mengambil langkah awal jika kita memberi amaran," katanya lagi.


Sebelum ini tiada pasukan khas bersepadu dalam menangani banjir besar atau banjir kilat di ibukota yang mendapat kritikan warga kota setiap kali hujan lebat dan terjadi kesesakan trafik luar biasa.


Dengan tindakan bersepadu banjir, keresahan awam boleh ditangani segera dan persiapan sebelum banjir boleh dilakukan secara lebih teratur.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page