top of page

Jawatankuasa khas ditubuh tangani ketidakhadiran calon SPM



Kementerian Pendidikan (KPM) menubuhkan sebuah jawatankuasa dalam usaha mengurangkan jumlah ketidakhadiran calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Timbalan Menteri KPM, Wong Kah Woh di Dewan Rakyat pada Rabu berkata, Jawatankuasa Khas Tindakan Gempur Kehadiran Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024/2025 itu merupakan pelan intervensi dengan melaksanakan pemerkasaan terhadap program sedia ada.


Selain itu jelasnya, kementerian turut melaksanakan program persediaan menghadapi peperiksaan SPM melalui inisiatif Program Minda Sihat Sekolah dan sebagainya, serta melaksanakan aktiviti berfokus seperti ziarah cakna, sesi konsultasi ibu bapa, permuafakatan Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) serta Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS).


"Kerjasama dengan Kementerian Kewangan melalui Unit Pantau Madani dan Yayasan Hasanah dalam pelaksanaan Program Anak Kita: Semarak Potensi Malaysia yang melibatkan Program Pecutan SPM 2024 dengan program ini dijalankan secara berfokus dan melibatkan negeri," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya menjawab soalan lisan dikemukakan seorang Ahli Parlimen berhubung usaha kementerian dalam memastikan pelajar yang tidak hadir SPM tidak terus tercicir daripada sistem pendidikan.


Sementara itu sebagai mengulas punca kira-kira 10,160 calon yang tidak menduduki peperiksaan tersebut tahun lalu Wong berkata, berdasarkan analisa KPM mendapati ia antaranya disebabkan calon telah bekerja, berhenti atau berpindah sekolah, mengalami masalah keluarga dan sakit.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page