top of page

Jawatankuasa Dekarbonisasi Kebangsaan bakal ditubuhkan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Dekarbonisasi Kebangsaan bagi memastikan peralihan kepada pembangunan rendah karbon dilaksanakan secara teratur dan seimbang.


Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perkongsian dalam Facebook selepas mempengerusikan Mesyuarat Kelima Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) pada Jumaat.


Menurut Anwar, Jawatankuasa itu akan membabitkan kerajaan negeri serta pihak berkepentingan berkaitan dan akan turut disokong dengan dasar baharu yang lebih terangkum dan menyeluruh dengan mengambil kira komitmen negara di bawah Perjanjian Paris.


"Sektor kewangan juga turut memberikan komitmen dalam memperkukuh peranan institusi kewangan dalam menyokong hala tuju peralihan pembangunan rendah karbon menerusi Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim.


"Segala keputusan hari ini akan menjadi asas kepada pendirian negara pada persidangan peringkat antarabangsa. Isu perubahan iklim serantau juga akan diberi keutamaan semasa Malaysia memegang kepengerusian ASEAN bermula tahun depan," kata Anwar.


MTPIN ialah platform perbincangan antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi menetapkan dasar dan hala tuju berkaitan perubahan iklim.


Dalam mesyuarat itu, Anwar berkata, Malaysia kekal komited dalam memastikan aspirasi Pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) sifar bersih negara dapat dicapai menjelang 2050.

Beliau turut menekankan pendekatan pelbagai dimensi oleh semua pihak dalam usaha mengarusperdanakan perubahan iklim dalam dasar sektoral dan rancangan pembangunan negara.


Justeru, beliau yakin inisiatif yang diputuskan dalam mesyuarat itu akan memastikan negara terus progresif dalam menangani isu perubahan iklim secara holistik dan bersepadu demi melindungi generasi masa hadapan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page