top of page

Jawapan wang KWSP tunai haji diputar belit, timb menteri buat laporan polis



Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata satu laporan polis telah dibuat susulan jawapannya di Dewan Rakyat berhubung pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menunaikan ibadah haji yang telah diputarbelitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Beliau dalam satu kenyataan berkata, Pegawai Tugas-Tugas Khasnya Lim Swee Kuan telah membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang sengaja memanipulasi maklumat untuk menyemarakkan ketegangan antara kaum.


"Saya ingin menegaskan bahawa sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar dan berunsur fitnah.


"Tindakan pantas perlu diambil untuk menghalang penyebaran berita palsu ini daripada mencetuskan isu sensitif berkaitan agama, kaum, dan raja (3R) yang boleh menjejaskan keharmonian negara," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Hui Ying berkata beliau menjelaskan dalam Dewan Rakyat pada 28 Oktober lalu bahawa Akaun Sejahtera KWSP memang boleh digunakan oleh bakal jemaah haji yang berusia di bawah 55 tahun, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.


"Prosedur ini telah kekal sejak diperkenalkan pada 2013, tanpa mengira siapa yang memegang tampuk pemerintahan," katanya.


Dalam hantaran berasingan, Hui Ying berkongsi infografik yang memaparkan bahawa Akaun Persaraan KWSP atau lebih dikenali sebagai Akaun 1 adalah kekal untuk digunakan selepas bersara.


Bagaimanapun, Akaun 2 yang kini dikenali sebagai Akaun Sejahtera pula boleh digunakan untuk pembiayaan ibadah haji.


"Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak terutamanya pengguna media sosial untuk memastikan kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya.


"Kegilaan mengejar perhatian dan populariti tanpa mengkaji kesan buruk boleh membawa kepada perpecahan yang tidak diingini, khususnya apabila elemen keagamaan dan perkauman dipergunakan secara tidak bertanggungjawab," kata Hui Ying.


Justeru itu, beliau menyeru agar semua pihak, termasuk pengguna media sosial, media massa dan pihak berkuasa berganding bahu untuk membendung penyebaran berita tidak benar yang boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian di negara ini.


"Mari kita kekalkan ikatan masyarakat yang harmoni demi kebaikan negara," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page