top of page

JAS tingkatkan operasi bersepadu tangani isu alam sekitar - Nik Nazmi



Oleh: Akmal Manaf


Penguatkuasaan secara berterusan ke atas premis-premis dan meningkatkan pelaksanaan operasi bersepadu adalah antara langkah diambil Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang alam sekitar.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan, pelaksanaan operasi bersepadu itu adalah dengan kerjasama agensi penguatkuasaan yang lain.


''Selain itu, JAS juga memberi ulasan dan input teknikal kepada pusat sehenti yang diselarasan oleh PLANMalaysia sebelum sesuatu projek diluluskan.


''Kita turut mengadakan sesi libat urus dengan pihak industri, penggerak projek dan pihak berkepentingan yang berkaitan bagi memastikan Akta Kualiti Alam Sekeliling dan peraturan di bawahnya difahami dan dipatuhi setiap masa,'' katanya dalam sesi soal jawab lisan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Persidangan Dewan Rakyat, sesi pagi, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Mandzri Nasib (BN-Tenggara) yang bertanya mengenai langkah diambil pihak kementerian bagi memantapkan lagi operasi pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan JAS terhadap pihak syarikat mahupun individu yang melanggar peraturan alam sekitar.


Menjawab lebih lanjut kepada soalan berkenaan, Nik Nazmi yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, pihaknya juga meningkatkan pelaksanaan keberkesanan program kesedaran awam daripada segi menyediakan program kursus kompetensi bagi mentauliahkan orang yang berwibawa.


''Pentauliahan itu adalah supaya penggerak projek dan pihak industri mengendalikan pengurusan alam sekitar dengan cara yang diperlukan di bawah akta dan mengenakan tindakan tegas dengan pengeluaran notis arahan kompaun penahanan operasi kelengkapan, gantung atau tarik balik lesen serta perintah larangan dan tindakan mahkamah ke atas premis yang didapati gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling.


''Itu adalah antara usaha-usaha berterusan yang dijalankan supaya bukan hanya denda dinaikkan, tetapi penguatkuasaan juga dapat dilaksanakan dengan lebih baik.


"NRECC dan JAS sememangnya komited memastikan pemantauan dan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar diambil kepada syarikat dan individu yang terbabit dengan jenayah alam sekitar," ujarnya lagi.


Dalam pada itu, Nik Nazmi juga menjelaskan mengenai kadar denda maksimum yang telah dinaikkan selepas pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling yang telah diwartakan pada 6 Jun lalu dan dikuatkuasakan mulai 7 Julai 2024.


"Dulu denda maksimum RM100,000, tetapi sekarang denda maksimum RM10 juta bagi kesalahan-kesalahan pencemaran air, pelupusan secara haram barangan buangan berjadual, pencemaran minyak dan buangan ke perairan Malaysia.


"Terdapat juga hukuman penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun dan nilai kompaun telah ditingkatkan, dulu (maksimum) RM2,000 sekarang maksimum tidak melebihi 50 peratus nilai denda maksimum kesalahan berkaitan," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page