top of page

'Jangan utamakan politik persoal bantuan banjir' - Nabil



Pembangkang dinasihatkan jangan mempersoalkan bantuan banjir sama ada diberi oleh pihak kerajaan atau syarikat swasta terus kepada mangsa tanpa merujuk kepada wakil rakyat di sesebuah kawasan.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Nabil Halimi, bantuan banjir sepatutnya tiada masalah diterima oleh sesiapa pun kerana keadaan mangsa yang amat memerlukan.


Beliau berkata demikian menjawab komen Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang meminta semua pihak terlibat dengan bantuan mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Kedah supaya melibatkan wakil rakyat di kawasan masing-masing agar bantuan yang diberikan boleh diagihkan secara lebih baik.


"Cukup tuding jari, turun dan lihat sendiri keadaan di lapangan. Ini soal nyawa dan nasib rakyat.


"Kita harus utamakan keprihatinan dan tindakan, bukan ego atau permainan politik," kata Nabil dalam kenyataan medianya.


Nabil menambah, di sesetengah kawasan di negeri berkenaan telah wujud pihak tertentu yang akan mengagihkan bantuan dan tindakan tidak merujuk kepada wakil rakyat itu adalah wajar.


Selain itu, katanya, kerajaan juga telah menyalurkan sejumlah dana yang mencukupi untuk membeli bekalan bantuan kepada negeri yang terjejas.


"Kerajaan sudah bertindak pantas menyalurkan peruntukan tambahan RM25 juta kepada Kelantan Terengganu, tanpa mengira perbezaan politik. Inilah langkah yang lebih efektif dan berkesan," tambahnya.


Dalam pada itu, Nabil memuji usaha individu seperti Khairul Aming yang proaktif membantu mangsa banjir tanpa mencari alasan atau menyalahkan pihak lain.


"Inilah contoh yang perlu dicontohi. Keikhlasan dan tindakan cepat lebih bermakna daripada bermain blame game demi konten politik," katanya.


Wan Fayshal kelmarin dalam sidang medianya menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memberi peruntukan dana terus kepada wakil rakyat untuk mempercepatkan bantuan kepada rakyat.


Dakwanya, kalau tidak diberi bantuan kepada Ahli Parlimen, mungkin perkara-perkara yang boleh diselesaikan dalam seminggu-dua akan berlarutan sehingga sebulan kerana karenah birokrasi.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page