top of page

Jangan teruskan politik sentuh perkauman, agama, raja - Yuneswaran



Politik yang menyentuh perkauman, agama dan raja (3R) tidak perlu diteruskan dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.


Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran berkata, politik menyentuh isu 3R itu hanya akan memecah belahkan negara pada waktu pemulihan ekonomi sedang rancak dan nilai mata wang ringgit semakin baik.


Katanya, untuk memastikan negara makmur pada masa hadapan rakyat seharusnya menjauhkan diri daripada mana mana ahli politik oportunis yang memperjuangkan politik sempit.


"Rakyat harus menjauhi parti dan pemimpin politik yang sentiasa menggunakan sentimen perkauman dan menaburkan bahang bahang agama demi kelangsungan politik sempit mereka," kata Yunes dalam kenyataan.


Beliau menekankan bahawa Malaysia boleh menjadi negara maju yang menghubungkan kekuatan budaya dan bakat kaum Cina dan India tempatan dengan negara besar China dan India yang kini mula menjadi kuasa ekonomi dunia.


Bagaimanapun, Yunes kesal kerana masih ada dalam kalangan ahli politik negara ini yang jumud dan tidak melihat potensi besar berbilang kaum di sekitar mereka.


"Oleh itu saya menyeru rakyat untuk menolak segala bentuk perkauman dan ekstremisme bagi mengekalkan identiti sebagai keluarga besar Malaysia


"Orang yang menghina kaum, agama, budaya, dan Institusi DiRaja adalah musuh negara," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page