top of page

Jangan teruskan fitnah PMX tidak dijemput hadiri Meyuarat Majlis Raja Raja



Fitnah kononnya Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak diundang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja Raja ke 268 pada 5 - 6 Februari lalu masih terus dimainkan di media sosial.


Bagi Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, tohmahan yang tidak berasas itu bukan sahaja tidak perlu diperpanjangkan tetapi sepatutnya tidak dicipta oleh laskar siber pembangkang.


Katanya, menunggang isu berkaitan Raja Raja Melayu menunjukkan kedangkalan pemikiran politik para penyokong pembangkang.


"Jangan tunggang isu Majlis Raja Raja atau Yang di-Pertuan Agong untuk kepentingan politik sempit.


"Mesyuarat itu tidak dihadiri oleh PM kerana Presiden Uzbekistan melakukan lawatan rasmi ke negara kita pada 4 dan 5 Februari berkenaan.


"Jadi ia (PM) memang kena buat sambutan negara," katanya dalam kenyataan.


Sehubungan itu, Ahmad Nadhir berasa aneh dengan hujah yang mengatakan Raja Raja Melayu murka kepada PMX kerana itu beliau tidak diundang ke mesyuarat yang diadakan di Istana Negara.


"Di mana kata (bukti) Agong atau Majlis Raja Raja murka kepada PMX, dan beliau tidak dijemput? Sebab ketidak hadiran PMX ke mesyuarat itu telah pun disembah maklum terlebih dahulu kepada Majlis Raja Raja," katanya.


Mengulas isu yang sama, Ahli Dewan Negara Datuk Dr Azhar Ahmad dipetik The Malaysia Press pula berkata, PM Anwar bukanlah pemimpin pertama tidak hadir ke mesyuarat Majlis Raja Raja.


Sebelum ini pun, katanya, terdapat perdana menteri yang tidak menghadiri mesyuarat berkenaan.


"Saya dimaklumkan PMX telah minta diperkenan untuk tidak hadir ke mesyuarat itu kerana meraikan ketibaan tetamu atau pembesar luar negara yang hadir ke negara kita.


"Jadi amatlah menyedihkan bagi saya, apabila pembangkang sewenang-wenangnya menabur fitnah melulu, tanpa usul periksa mencipta naratif jahat hanya untuk nafsu politik jahat mereka, ini satu politik yang tidak matang," ujarnya.


Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas, Perak menganggap naratif jahat seperti itu boleh mengundang tanggapan buruk rakyat terhadap institusi diraja dan Perdana Menteri.


Oleh itu, katanya, sesiapa pun tidak wajar memburukkan institusi Raja Raja Melayu dengan mereka cipta cerita palsu yang tidak bersandarkan fakta.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page