top of page

Jangan terpengaruh hasutan ancam perpaduan - KPM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 6
  • 1 min read


Kementerian Pendidikan (KPM) kesal dengan tindakan seorang pempengaruh politik yang dianggap cuba mengelirukan masyarakat dengan mendakwa lagu ‘Negaraku’ telah dinyanyikan bukan dalam bahasa kebangsaan.


Merujuk kepada satu rakaman video ditularkan baru-baru ini, KPM menegaskan lagu dinyanyikan murid dalam satu acara di sebuah sekolah di Perak itu bukan lagu Negaraku seperti yang didakwa tetapi merupakan lagu ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ yang merupakan lagu kebesaran negeri Perak.


"Lagu yang dinyanyikan ini adalah simbol taat setia, kasih dan penghormatan kepada Sultan Perak Darul Ridzuan dan tradisi Kesultanan Negeri Perak.


"Video berkenaan juga secara jelas menunjukkan murid dan semua hadirin telah menyanyikan lagu ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ dalam Bahasa Melayu mengikut lirik yang betul," menurut kementerian itu.


Terdahulu penularan video oleh pempengaruh itu yang disertakan teks dan kapsyen menyatakan kehadiran pemimpin DAP itu dan membayangkan lagu Negaraku dinyanyikan dalam bahasa Cina dikritik banyak pihak.

Exco Kerajaan Negeri Perak, Woo Kah Leong tampil menegaskan mereka yang hadir pada majlis itu menyanyikan lagu negeri Perak “Allah Lanjutkan Usia Sultan” yang melodinya mirip dengan lagu kebangsaan “Negaraku”.


Beliau kemudian mengalu-alukan pempengaruh tersebut untuk menjejaki negeri Perak bagi memperbaiki pengetahuan am khususnya dalam bab membezakan lagu Negaraku dan lagu kebesaran negeri Perak.


Dalam pada itu KPM menerusi kenyataannya mengingatkan orang awam supaya tidak terpengaruh dengan fitnah jahat yang cuba menghasut dan mengancam perpaduan serta keharmonian negara.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page