Jangan tanam politik kebencian di PRK Ayer Kuning - Saifuddin
- Suara Keadilan
- 5 hours ago
- 1 min read

Menteri Dalam Negeri (KDN) mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai tempat menanam politik kebencian.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pilihanraya adalah lumrah dalam sistem demokrasi, ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk membuat tindakan yang memecahkan komuniti tempatan dan mengancam perpaduan negara.
"Bibit-bibit kebencian yang dilontarkan termasuk 'sweeping statement' atau kenyataan yang terlalu menyeluruh tanpa berasaskan fakta itu akan meninggalkan kesan dalam hati rakyat.
"Orang yang datang kempen ini hanya 14 hari selepas itu balik. Tapi orang Ayer Kuning yang akan terus tinggal di sini
"Ini pesta demokrasi, tapi kalau naik pentas dengan maki hamun habislah," katanya dipetik.
Beliau berkata begitu kepada pemberita selepas menghadiri satu acara di daerah Batang Padang di Tapah pada Selasa.
Dalam pada itu, Saifuddin menegaskan bahawa kempen politik seharusnya dijalankan secara matang dan menghormati keamanan yang dinikmati rakyat.
Justeru, tujuh laporan polis yang diterima sepanjang tempoh kempen PRK DUN Ayer Kuning disifatkan sebagai rendah sekali gus menggambarkan pematuhan terhadap peraturan kempen berada pada tahap yang baik.
Comments