top of page

‘Jangan sentuh politik kepartian dalam Khutbah Jumaat’- ABIM Melaka



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru orang ramai agar sentiasa berhati-hati untuk tidak mencampur adukkan mana-mana unsur kepartian dalam khutbah Jumaat.


Yang Dipertua (YDP) ABIM Melaka, Dr Mohd Nurishaq Mohd Fauzi (gambar atas) berkata, pihaknya mengambil maklum insiden khutbah Jumaat yang dikendalikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jumaat lalu telah memaparkan wajah ahli politik pembangkang dalam slaid khutbah yang disediakan.


"Walau bagaimanapun insiden itu didakwa ralat infografik oleh pihak JAIM melalui kenyataan media pada 21 September 2024.


"Namun ABIM Melaka menyeru agar (pihak JAIM) sentiasa berhati-hati dan tidak mencampur adukkan politik kepartian dengan khutbah," katanya dalam satu kenyataan.


Tegasnya, insiden berkenaan dibimbangi menimbulkan kekeliruan dan prejudis masyarakat terhadap profesionalisme dan kewibawaan institusi agama yang seharusnya menjadi pusat menyatu umat Islam.


Terdahulu, insiden Khutbah Jumaat memaparkan wajah Presiden Pas dalam slaid dilaporkan berlaku pada 20 September.


Khutbah Jumaat di bawah kendalian JAIM bertajuk “Negaraku, Tanah Air Ku”, dibuat bersempena Sambutan Hari Malaysia 16 September. 


Dikatakan penyedia slaid tersebut meletakkan wajah Tan Sri Abdul Hadi Awang bersebelahan dengan sepotong ayat berbunyi;


"Keamanan dan kemajuan negara hendaklah dipertahankan, dan memerlukan pemimpin yang adil dan jujur, masyarakat yang harmoni, rakyat yang berdisiplin dan berbudi mulia".


Dalam slaid berasingan, turut terdapat wajah bekas Yang di-Pertuan Agong ke 16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sepatutnya diletakkan wajah Agong semasa, Sultan Ibrahim.


Insiden yang berlaku itu mendapat reaksi pelbagai pihak yang menggesa dikenakan tindakan susulan terhadap mereka yang terlibat.

0 comments

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page