top of page

Jangan putar belit: Hak sama rata diiktiraf Perlembagaan sejak merdeka



Sikap pemimpin Pas memberi alasan kononnya penolakan pembangkang untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mendapat peruntukan parlimen kerana didakwa terdapat syarat yang merugikan kaum majoriti di negara ini adalah percubaan memutar belit fakta.


Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, bahawa parti itu menolak MoU kerajaan-pembangkang kerana terma perjanjian yang didakwa menuntut Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) memperakui hak sama rata tanpa mengira agama dan bangsa sebagai sengaja mahu mengelirukan rakyat.


"Kenyataan ini satu bentuk putar belit yang jelas. Prinsip kesaksamaan di sisi undang-undang terhadap setiap rakyat Malaysia memang sudah lama termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, di mana setiap warganegara, tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang berhak mendapat layanan yang adil dan saksama di sisi undang-undang


"Kesaksamaan undang-undang tidak bermakna menghapuskan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu dan Bumiputera, tetapi memastikan bahawa setiap warganegara dilindungi dan diberikan hak yang adil dalam semua aspek kehidupan bernegara.


"Pertikaian Pas ini langsung tidak munasabah kerana Perkara 8 Perlembagaan terkait kesaksamaan sudah ada sekian lama sejak negara mencapai kemerdekaan, termasuklah sewaktu 33 bulan pentabdiran Pas dan PN," katanya dalam kenyataan.


Ahli Palimen Tanjung Malim itu tertanya tanya adakah Pas mahu meminda Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan hanya kerana mereka fobia dengan perkataan ‘kesaksamaan’ dan ‘kesamarataan’ tersebut.


Katanya pada hari Malaysia yang disambut hari ini, seharusnya semua warga menginsafi asas pembentukan negara pada 16 September 1963 adalah berdasarkan kesatuan dan perpaduan antara semua kaum dan wilayah, termasuk Sabah dan Sarawak.


Oleh itu, katanya, menyempitkan tafsiran Perlembagaan untuk kepentingan politik suatu parti atau kaum adalah tidak boleh diterima sama sekali.


"Semangat Hari Malaysia adalah mengenai membina sebuah negara yang inklusif dan bersatu.


"Saya menyeru Pas agar tidak mengelirukan rakyat dengan tafsiran yang selektif sebaliknya menghayati semangat Hari Malaysia dengan menegakkan perpaduan, keharmonian, dan keadilan untuk semua rakyat Malaysia," katanya lagi.


Semalam pemimpin PN menolak secara rasmi untuk menandatangani MoU bagi mendapatkan peruntukan parlimen untuk kawasan pembangkang. Manakala bagi pihak kerajaan rundingan tersebut masih terbuka sekiranya pembangkang berubah pendirian.


Draf MoU didedahkan oleh Kerajaan Perpaduan:




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page