top of page

Jangan provokasi isu kesilapan penyampai radio ke arah pertentangan agama

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 7
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Semua pihak perlu tenang dan jangan menimbulkan sebarang provokasi membabitkan isu tiga penyampai radio swasta yang mempersenda upacara agama Hindu dan hangat diperkatakan kebelakangan ini.


Bagi mantan Ahli Dewan Negeri Taman Medan, Ustaz Syamsul Firdaus Mohamed Supri, hal itu tidak perlu diperhangatkan lagi sehingga membawa kepada pertentangan agama.


Katanya, rakyat seharusnya menyerahkan isu tersebut kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.


''Tidak perlu nak mencetuskan provokasi seperti mana ada usaha yang dibuat sesetengah pihak seperti (seolah olah) Islam semakin terhina.


''Saya berpesan kepada mereka, rujuklah kepada apa yang dipesan oleh al-Quran bahawa kita menyeru kepada agama itu dengan hikmah dan berbicara dengan cara terbaik, bukannya nak bergaduh.


''Tak perlu sampai kita hina atau merendah-rendahkan agama lain. Islam mengajak supaya berdialog dengan cara baik.


''Di zaman Nabi Muhammad (baginda) dulu lagi teruk dihina, tapi baginda tetap tenang,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak, terutama laskar siber pembangkang yang memanaskan lagi isu berkenaan sedangkan hal itu dalam siasatan pihak berkuasa.


Semalam, Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada masyarakat agar tidak menggunakan kesempatan untuk membakar dan mengapi-apikan sentimen perkauman dan menanam bibit kebencian di negara ini.


Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar sedar kini wujud usaha jahat sesetengah pihak berkepentingan yang cuba menanam persepsi ‘double standard‘ dalam mengambil tindakan.


Presiden KEADILAN itu menyifatkan, momokan itu hanyalah tuduhan liar yang tidak ada asas sama sekali kerana sesiapa pun yang menghina mana-mana agama di Malaysia akan tetap disiasat dan didakwa.


Semalam tiga penyampai Era FM hadir ke kuil Batu Caves bagi memohon maaf atas tindakan mereka mempersendakan ritual kavadi semasa perayaan Thaipusam.


Dalam video yang tular di media sosial, Nabil ditemani oleh dua rakan penyampai Era FM, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendy bertemu ahli jawatankuasa kuil, Sivakumar Nadarajah dalam menyampaikan permohonan maaf mereka.


Bagaimanapun, tindakan tersebut dikecam sesetengah netizen di media sosial yang mengaitkan dengan isu perkauman dan kononnya pihak berkuasa lebih pantas bertindak dalam kes penghinaan ke atas bukan muslim daripada penghinaan ke atas muslim atau agama Islam.

1 Comment


Muhamad Muszaki Mohd Ozir
Muhamad Muszaki Mohd Ozir
Mar 07

Sesekali kena sekolahkan juga.

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page