top of page

Jangan politikkan titah adendum sehingga sentuh 3R



Oleh: Akmal Manaf


Pembangkang digesa tidak terus memainkan isu titah adendum tahanan rumah ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak sehingga menyentuh elemen 3R (raja, agama, kaum).


Pengerusi Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur), Mustapa Mansur Amer Mohd Isa berkata, ahli politik pembangkang tidak sepatutnya terus memainkan isu kewujudan titah tersebut kerana ianya telah menjadi kes mahkamah.


Katanya, kerajaan jelas tidak menyembunyikan titah terbabit dan hal itu pernah dinyatakan Datuk Seri Anwar ketika sesi Dewan Rakyat sebelum ini yang menunggu mahkamah memutuskannya.


"Siapa yang sorok adendum? Tiada siapa yang sorok.. kalau adendum ini disorok, (tapi) Datuk Seri Anwar (ada) cakap mengenainya dalam Parlimen dan disiarkan di televisyen.


"Beliau mengatakan adendum itu memang ada, cuma kena tunggu 6 Januari 2025 (rayuan Najib di Mahkamah Rayuan).


"Sebab arahan daripada pihak Istana jangan disentuh kerana ia boleh menjadi isu 3R (raja, agama dan kaum). Sekarang ini bukan sahaja 3R, sudah berapa R mereka (pembangkang) langgar," bidas beliau dalam satu sidang media yang dianjurkan sekretariat itu, di ibu negara, hari ini.

Mejar (B) Razali Zakaria

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Timbalan Pengerusi Sekpur, Mejar (B) Razali Zakaria dan Naib Pengerusinya, Shahbudin Embon.


Dalam sidang media itu, Razali menyifatkan, pihak yang membuat provokasi berkaitan isu Titah Adendum adalah pembangkang yang mahukan 'mileage' politik.


"Kalau mereka nak tolong Datuk Seri Najib, tak perlu cerita fasal derhaka dan mempertikaikan tentang Peguam Negara, PMX dan Menteri Wilayah (Dr Zaliha).


"Tak perlu pertikai.. tumpukan saja pada adendum untuk Najib.. tak sepatutnya mereka beramai-ramai datang ke Istana Kehakiman, Putrajaya hari itu," tempelak beliau lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page