top of page

'Jangan politikkan kunjungan kapal China, pemimpin PN ikut serta'



Oleh: Fiza Halim


Laskar siber pembangkang tidak wajar meneruskan cetusan kontroversi berhubung kunjungan dua kapal latihan dari angkatan laut Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) bersama pelajar dari Naval University of China ke Pelabuhan Pulau Pinang baru-baru ini.


Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Abshar Nurasyraf berkata, ⁠kunjungan tersebut bertujuan mulia mengeratkan hubungan kedua buah negara dengan lawatan ke sebuah sekolah persendirian Cina di Pulau Pinang yang tidak seharusnya dipertikaikan.


Malah dalam majlis berkenaan Pengerusi Kebangsaan Parti Gerakan, salah satu komponen Perikatan Nasional (PN) Datuk Dominic Lau turut hadir.


"(Bagi saya) kenyataan pemimpin-pemimpin PN berkenaan lawatan dua kapal latihan dari China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu adalah kontradik memandangkan Pengerusi Gerakan, Datuk Dominic Lau sendiri hadir pada majlis sambutan lawatan kapal berkenaan.

Muhammad Abshar Nurasyraf

"Resident Naval Officer TLDM di Pulau Pinang juga hadir dalam (meraikan) kunjungan pelatih itu bersama pemimpin dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai tetamu.


"Sebelum ini, kapal-kapal tentera laut negara asing lain juga pernah berlabuh di pelabuhan negara ini atas saluran rasmi dan mengikut protokol," kata Abshar ketika dihubungi.


Selain itu, menurutnya kunjungan pelatih-pelatih dari Naval University of China ke Sekolah Menengah Chung Ling Persendirian adalah atas dasar hubungan pelajar ke pelajar, yang mana dianjurkan aktiviti bersukan dan kebudayaan tanpa melibatkan sebarang unsur kententeraan.


Malah, jelas Abshar, penganjuran itu diuruskan oleh Pejabat Consulate General China di Pulau Pinang.


"Hubungan Malaysia dan China adalah baik (sejak 50 tahun lalu) dan pemimpin utama telah melawat antara satu sama lain.


"Oleh itu lawatan silaturahim kapal pelatih bersama pelajar-pelajar Naval University of China hendaklah dilihat dari sudut positif," katanya lagi.


Terdahulu, Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan kedatangan 1,000 pelatih tentera laut China untuk kunjungan diplomatik.


Pasukan tugas ke-83 Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) itu menaiki dua buah kapal, Kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal JinggangShan dari Zhanjiang, China.


Kedatangan mereka disambut oleh beberapa pegawai TLDM Pulau Pinang dan beberapa orang kenamaan termasuk pemimpin Kerajaan Negeri.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page